About Me

Terharu + +

" Demam bukan alasan aku berhenti menaip "

 

ASSALAMUALAIKUM 

Entri kali ni memang tak dapat jangka panjang atau pendek . Jadi harap terus istiqamah baca sampai ke penghujungnya . Yah , aku memang tak berapa sihat . Dipendekkan cerita , demam . Memang haritu waktu balik wajib aku demam tapi tu takat dedar dedar jaa . Tak rasa lagi kepanasannya . 

Selasa , 26 / 8 / 2014

Aku abaikan kepala , tekak dan suhu badan yang dah mula meragam . Mungkin sekejap lagi baiklah tu . Memang itu yang selalu aku buat bila ada masalah . Positifkan keadaan . Lepas beli makanan dekat kantin , aku makan makanan yang aku beli tadi . Then pergi basuh tangan , aku dapat tenaga semula dan kaki aku laju melangkah ke kelas prep . Time tu tak dapat agak sebarang kemungkinan yang akan berlaku sebab badan aku dah rasa macam elok daripada sebelumnya . 

Lagipun umi pernah cakap , melangkahlah selagi kita mampu . Kalau betul-betul rasa tak boleh , barulah kita tawakkal kepada Allah . Bila masuk kelas prep , aku cuba ambil posisi yang agak jauh daripada kawan-kawan . Bukan sebab aku gaduh atau sengaja . Cuma taknak ganggu mereka berbual . Aku buka buku ' Salahuddin Bin Ayubi ' antara salah satu kisah pahlawan Islam yang aku kagumi . Buku tu aku pinjam dari kawan , Mizan Ilyana . She is a very intelligent , beautiful , and most are not afraid of cats . And it make me jealous . 

Baru baca beberapa helai muka surat , kepala aku dah kembali buat hal . Memulas mulass . Dan aku ambil inisiatif untuk pejamkan mata . Then Faizah datang . Faizah ni pula , dia ni tinggi tinggi , ramping macam model dan juga seorang yang mementingkan kebersihan . Dia usik tudung aku . Motif ? Mungkin dia nak cakap dengan aku tapi waktu tu aku betul-betul tak mampu nak buka mata . Aku cakap , aku rasa macam nak demam dan nak rehat . Aku tahu dia seorang yang memahami  , dan pergi semula kat tempat dia . Sedar sedar , rupa-rupanya aku dah pun tertidur . Pandang jam kat tangan , ada masa lagi beberapa minit untuk habis prep . Bila semua dah angkat punggung nak balik asrama , aku pun perlahan lahan bangun . 

Waktu bangun tu , rasa macam nak rebah . Macam mana ek nak cakap . Contoh , kapal yang kena pukul dengan ombak kat tengah laut . Alah fikir lah sendiri macam mana . 

" Demam ke ?" Aku tak angguk dan aku tak geleng . Sebab aku sendiri tak faham dengan badan sendiri . Faizah terus rasa dahi dan leher aku . Dia kata panas . " Nak balik ke ?" Aku geleng sebab aku taknak susahkan umi nak kena hadap warden lagi . Makan petang , ambil wudhu then solat . Habis solat , masuk dorm . Buka locker ambil barang-barang nak pi mandi . Lepas hantar baldi kat bilik basuh aku masuk dorm balik . Lama juga aku bertapa depan locker sampaikan ada dua tiga kawan aku yang nak pergi mandi tegur aku . And ada juga kawan aku yang dah nak mandi dah pun , patah balik tegur aku . Waktu tu aku rasa macam menyusahkan orang . 

Lepas dah habis mandi , nak masuk dorm tu . Seorang hamba dambaan syurga , Naseha datang tegur aku .

" Nisa , muka kamu nampak pucat ." 

Aku mampu mengukir senyum semampu boleh . Sampai depan locker , kepala aku memulas balik . Tak sempat nak letak baldi , nak kemas baju . Aku terduduk depan locker dengan kepala aku pangkukan atas baldi . Dengan badan yang sejuk , tekak yang perit , kepala yang memulas dan badan yang sejuk aku mampu berserah pada Allah sahaja . Hanya dia yang mampu mengembalikan kudratku . 

Terlintas di fikiran , aku fikirkan mati . Memang acap kali tika aku ingin rebah aku fikirkan kalimat itu . Ingatanku terlayang pada notice board aspuri . Tanda-tanda kematian , tubuhmu akan terasa sejuk yang teramat . Aku menangis dan menangis . 

Aku terdengar perbualan Ain dan Faizah . Aku tak berapa ingat tapi kat situ menunjukkan bertapa prihatinnya sahabat sahabat kamu terhadap kamu wahai diri . Ain seorang yang selalu ceria dan suka bergurau duopulohpatjam buatkan aku senang rapat dengannya . 

" Nisa' , dah berjam jam dah duduk depan locker ni ." sapa kak Balqis lembut . Senior yang agak rapat dengan aku , sudi mendengar luahanku , sabar dengan tingkahku . " Kenapa ni ?" 

Aku angkat kepala . " Kenapa nangis ni ? Sejak bila demam ni ?" 

" Tadi ." perlahan aku menjawab .

" Nanti akak ambil ubat . Rehat , tidur . Nanti akak minta kawan-kawan kejutkan Nisa' makan ubat . Jom , bangun . " 

Tiada lagi kudrat ku . Lemah bagaikan ditarik Allah sebentar . " Saya tak boleh bangun ." kataku perlahan . 

" Kalau macam tu baring atas katil akak nak . " ajaknya lembut . Lalu aku bangun sambil dibantu dua orang sahabat ku . Aku tidak ingat siapa , mungkin pandangan aku ditutup . Samar-samar dan kelabu .

Mereka kasi aku makan , minum , menemani aku berwudhu' dan berbagai lagi usaha termasuk menelefon umi . 

Tak lama lepas tu umi sampai , aku masuk dorm kemas baju dan terus ke rumah warden ambil tandatangan untuk pelepasan pulang . Terus pergi ke klinik sebab umi cakap taknak sampai melarat pula . Jumpa doktor , doktor kata suhu badan panas dan kalau melarat kena ambil darah . Doktor cakap lagi , aku kurang minum air . Kena kurangkan makan makanan berminyak , manis , dan kering . Doktor kata tekak dah terlalu kering sangat sebab tu batuk pun melarat .

Akhirnya doktor bagi MC dua hari dan InsyaAllah hari Jumaat aku dah boleh kembali ke sekolah , alhamdulillah . 

Aku dah banyak susahkan orang sepanjang kejadian berlaku . Bertapa caringnya diorang kat aku . Terima kasih semua yang banyak membantu . Terharu sangat . Taktau nak balas apa . 

Aqilah Najihah --> Terima kasih , roti tu . Sayang kamu :)

Faizah --> Terima kasih , telefon kan umi . :) Nanti kite ganti balik duit tu .

Big thanks to Naseha , Aqilah , Faizah , Liya , Ain , Aqilah Najihah , Mizan , Kak Balqis dan semua yang membantu . 

Kita semua akan terus bersatu selamanya . Muahh :D 

Get to go , Assalamualaikum .

2 ulasan:

mizan berkata...

If u want to know roti tu kite punye xD so,credit for me..^^ lol

Nisa Zamberi berkata...

adudu mizann ^^ yelah jan yelah