About Me

September Story

ASSALAMUALAIKUM



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ,

Okey, harini aku rasa macam nak story story memandangkan september pun dah masuk. Bila sebut September kan rasa macam sekejap ja masa berlalu. Baru je rasa macam nak rasa nikmat jadi pelajar form 1 yang muka suci suci semua. Tak sangka dah nak naik form 2 dah. Lepasni, kenalah lebih matchured. Kena fikir jauh ke depan. Perangai dah kena ubah, tapi tak boleh seratus peratus ubah. Sebab aku belum puas untuk jadi budak budak lagi. Haha. 

Dah lapan bulan jadi student 1 Nasaie ,

Dah lapan bulan juga aku bina ukhuwah dengan mereka .

Yang puteri sporting sporting semuanya .

Yang putera pula lebih suka buat hal sendiri . +_+

Dan dah tujuh bulan aku jadi ahli dorm PB-8 or KAA . ( Khaula' Al Azwar )

Dan selama 7 bulan juga aku jalinkan ukhuwah dengan kakak kakak dorm, dengan sahabat sahabat seperjuangan. Yang buat aku sayang sangat diorang sebab kitaorang ni seiring sehaluan gitu. Seorang cakap ni, semua setuju. Memang kadang ada yang tak setuju tapi bila lama lama tu lembut hati juga. Kitaorang semua jenis tak boleh serius lama lama. Tak boleh gaduh lama lama. Tak boleh  marah lama lama. Nanti pujuk pujuk sayang gitu okeylaa .

Semuanya kerana Allah .

Hujung minggu haritu, waktu aku tak balik tu akak abang BADAR ada satu program ni yang dinamakan Mudabbir. Semua pelajar tingkatan satu terlibat. Motif diorang buat program ni sebab nak rapatkan ukhuwah selain nak mencari ahli badan kepimpinan BADAR untuk 2015 nanti . BADAR tu apa ? Okey, nama penuh dia Badan Dakwah Dan Rohani. Kerja nya sampai kan dakwah dan aktiviti berkaitan dini ( agama ). Seronok tau sebenarnya bila dapat sampaikan dakwah kat orang ni. Sebab kita dapat sampaikan dakwah kat jalan Allah . Teringin tauu :')

Ada satu checkpoint ni dia kena ikat kaki. Kaki sebelah aku diikat dengan kaki sebelah kawan. Then kena pindahkan air dari baldi tu melalui straw kat dalam botol tu. Memang bila dah kena ikat tu, jalan dah macam orang tempang dah. Senget sana, senget sini. Ohh, really lawakss. Tapi bila dah rasa macam nak jatuh tu, peluk tubuh kawan kuat kuat rasa macam ukhuwah tu Ya Allah rapatnya. Rasa macam nak ulang lagi. Memang gelak sakan lepas buat aktiviti tu. Kahkah.

Okey , memang seronok sangat . Bravo .

Nak story story pasal exam pula. Ahh scary doo bila fikir pasal PAT. Tambah bila ada subjek Al Azhar tu. Cuti seminggu ni sebenarnya dah azam sungguh sungguh nak hafal. But, takut nanti azam tu terbengkalai pulak bila dah jumpa dunia maya yang memang aku dreamer sejak zaman sekolah rendah lagi . Kepala janganlah pecah, mohon.

Okeylah, selamat bercuti. Humbankan diri untuk jengah blog ni kala ada kesempatan tau. 

p/s : Adik adik UPSR yang disayangi, percayalah pada perancangan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Belajar lebih kuat lagi tau untuk periksa sains dan BI. Berjuanglah untuk kejayaan yang kamu semua impikan. Allah tu ada jaa menemani kamu dimana kamu berada. Sweet tak kekasih kita tu. Sanggup tau teman kita. Tinggal kita jaa yang kena rajinkan diri mendekatinya. Semoga semua berjaya dunia wa akhirat. Lakukan kerana Allah, pasti kalian mendapat kemanisannya.

Salam alayk .

Tiada ulasan: