About Me

Rindu .

Assalamualaikum .

Lama rasanya tak update blog kan. Rasa macam dah berkurun, berabad semua ada. Huh rinduunya. Minggu depan dah nak exam. Walaupun rasanya PAT jaa, rasa macam nak tunggu hari UPSR pula. Berdegup degup bangg. Dah masuk sekolah menengah ni persediaan nak final year exam kenalah mantop. Jaga ranking, jaga markah terutamanya tahun depan dah nak kena rombak kelas. Haih lemah lutut bila fikirkan semua bendaa ni.

Target aku ? Hati mesti lah nak target kelas pertama. Tapi bila kawan tanya, rasa macam weyh kelas kedua pun boleh. Sebab macam tak confident.

Bukan nak kena jagaa ranking diri ja, ranking sekolah pun kena jagaa.

Subjek Al Azhar inshaallah kalau boleh nak mumtaz even memang susah. Tak semua orang mampu. But yakinlah pada usaha. Kalau usaha sungguh-sungguh, markah pun inshaallah mudah jaa nak dapat. Tapi kalau main main nak tak nak jaa belajar , markah pun macam nak tak nak juga lah.

Heh .

Boleh buat .

Ya boleh buat .

Inshaallah .

Nak buat umi dan abah bangga dengan kejayaan putri diaa. Bantulah aku Ya Allah.

KBSM pun nak juga dapat tinggi tinggi. Nak juga power power. Susah tu memang susah tak dinafikan langsung memandangkan otak sendiri mengiyakan.

Okay nak tutup cerita pasal exam. Cuma hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Doakan aku ~ Supaya istiqamah kalau nak buat revision tu. Aku ni jenis cepat fed-up and give-up. Kalau buat kerja tu mula mula jaa semangat last last tu hangat hangat tahi ayam jaa jadinyaa.

Hm kay rindu sangat dengan blog ni. Nak ucap terima kasih kepada u ollss u olls yang tetap maintain mengunjungi blog ni. Tinggalkan jejak kat cbox dan sebagainyaa. Aip rindu korang juga.

Sebelum tutup entri ni, aku mohon doakan Nurul Qudwatun Nisa' Mohd Zamberi ,

supaya boleh jawab exam dengan tenang , istiqamah dalam menjalankan perintah Allah , diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian Allah , dengar cakap umi dan abah , dapat berdakwah di jalan Allah , sentiasa menegakkan kebenaran dan selamat di bawah lindungan Allah SWT.

Dan ini nasihat untuk pembaca semua ,

Berusahalah menjaga hati sahabat agar dia tidak terluka dengan setiap kata kata mu. Jangan lah kamu menghina, mencaci dan memaki sahabat kamu. Sayangilah sahabat kamu kerana dialah teman kamu ketika kamu memerlukan.

Kadang kita taktau sebenarnya hati sahabat kita terluka even kamu tak hina sahabat kamu itu tapi secara tak lansung kamu telah menghina orang terdekat sahabat kamu. Sedih hatinya kita taktau, tapi sebenarnya dia hanya pendam semata-mata hanya untuk menjaga hati mu ~

Wallahua'lam bisawab.

- The End -

1 ulasan:

ainabilaSuffian berkata...

Nisa`! doakan saya juga yea!! sama2 la kita berusaha !! :)