About Me

Malaysia Kalah ?

ASSALAMUALAIKUM


Angin mana datang ni? Tetiba pula nak update pasal bola eh sebelum ni takde pun. Kekeke rasanya macam dah terlambat nak hupdate tapi kan biar lambat, asal jadi nak ceritaa. Firstly, nak cakap yang Malaysia kalah dua kosong menentang Thailand. Semua daa tau la nisa (( Tepuk kepala )) 

Penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias (tengah) lega apabila Thailand terlepas peluang menjaringkan gol pada final pertama Piala AFF Suzuki di Bangkok hari ini. – Gambar Reuters, 17 Disember, 2014.

Waktu tengok bola ni, nisa rasa macam semangat pula tetiba nak tengok. Sebab satu family kumpul depan tv. Rasa macam syok sangat sangat. Maklumlah orang tak pernah rasa tengok bola reramai sebab selalunya abah dengan kakak tak layan pun bola. Malam tuh dedua ikut join turun padang untuk menjerit sama sama depan tv hahah. 

Sampai je minit 72, Thailand sumbat gol pertama tak silap nisa pemain dia Charylyannic kot. Dan tak semena mena...

" Gol!!!" Eh sapa pula tu sapa. Dengan bunyi meja makan gendang gendang banyak kali. Semua orang tengah mengeluh tetiba terselit pulak orang yang tengah happy. Ada orang siam kut yang tersesat dalam rumah nisa ni. Pandang je dekat meja makan, Allah abah rupanya orang siam tu. Muahaha

" Nasib baik gol." Abah kata lagi. Abid pula dah terkekeh kekeh ketawa bila tengok abah. Syabas abah syabas, pandai hidupkan suasana kahkahkah. Lepastu abah bangun dari kerusi and terus pegi dapur sambil bebel bebel sorang sorang.

"Apa ni Malaysia serang lah lagi. Tanak tengok lah ceni." 

Eh eh eh rupa rupanya abah geram lehtuh. Tapi abah tetap tengok juga sampai Thailand sumbat gol lagi satu.

Dah tarak harapan oo. Masa pun danak habis jadi jawapannya pasti Malaysia kalah kali ini hemm. But tengok pula hari sabtu nanti kat Stadium Bukit Jalil apa yang jadi apa yang jadi.

Harimau Malaya dan Thailand terikat tanpa jaringan selepas tamat separuh masa pertama final pertama Piala AFF Suzuki. – Gambar Reuters, 17 Disember, 2014.

Baiklaah even kalah tapi dah mencuba kan. 
Inshaallah boleh tuh masih ada harapan.

Okaylah babye.

Tiada ulasan: