About Me

Thanks 2014 For The Memories

ASSALAMUALAIKUM


Hai hai evelibadi. 

Sekejap sangat rasanya masa berlalu dan hari ni 2014 dah pun nak melabuhkan tirai. 

Act banyak benda pahit manis berlaku kat tahun ni :'(

2013 dulu nisa rasa cane pahitnya berpisah dengan kawan seperjuangan yang sama sama menuntut enam tahun kat sekolah rendah even tak semua selama enam tahun tuh nisa rapat. Kalau nak sebut nama diorang inshaallah nisa still ingat. Nisa tak mintaa pun yah diorang ingat nisa bat nisa hope sangat agar nisa yang tak lupa diorang. Satu saat nanti if Allah bagi satu peluang kat kami semuaa dapat kumpul ramai ramai complete semua nisa rasa benda tu pun dah buat nisa rasa happy sangat.

Tahun ni pulaa nisa belajar camne berdikari dah takboleh harap orang tempat bergantung. Nisa ingat lagi time sekolah rendah jujur nisa memang tak banyak berdikari. Banyak benda kawan kawan tolong apa sumee. Lagi lagi umi nisa salah seorang cikgu dekat sekolah nisa dan apa apa sume harap umi buat. 

When tahun nih ditakdirkan nisa dapat masuk asrama, so yah bila sebut asrama mesti kena berdikari buat benda semua sendiri ken. Semua bendaa sampai kadang tuh pokai takde duit pun kena ikhtiar sendiri. Kena tahan perut and sometimes geledah locker takde apaa pun makanan. Itupun nasib baik ada DM XD 

Nak ceritaa cabaran and dugaan sepanjang tahun nih ? Banyak weyh banyak. 

Kalau kat asrama tau tau aje lah kena perbanyakan sabar. Ikutkan nisa sendiri pun bukan nya penyabar sangat pun apa apa sikit merungut mengeluh. Tapi bila kita hidup ramai ramai satu aspuri nak taknak kenalah paku ketat ketat sifat sabar dalam diri.


Pernah satu ketika tu time cuti sabtu ahad, hari sabtu tuh biasanya tak banyak aktiviti dan buat keje memasing dalam dorm. Pepagi tuh ada lah prep dalam 3 jam centu dan aktiviti apa yang patut. Petang petang pula biasanya pakat pakat beradu dalam dorm sebab biasanya petang kan cuaca mendung. 

And petang tu pula tetiba hujan lebat nisa pun cepat cepat lari pegi ampaian. Yang sedih tuh towel still tak dapat diselamatkan hm ha. Habis lencun towel. Disebabkan jatuh kat tanah, habis berpasir pastu ada terlekat rumput sikit sikit. Rasa macam nak nangis pun adaa haha nampak tak cengengnyaa nisaaa XD Terus bawa towel tuh kat bilik basuh dan berhempas pulas laa memberus time hujan hujan tuh. Baru ingat nak join beraduu. 

Nasib baik time tu hari sabtu kauuu &*%$# If hari sekolaah macam mana lah nisa nak mandi. Dah la takda tuala spare. Kalaulaah ada kakak satu sekolah boleh jugak lah minta tolong. 


Muahahah tu baru rasa macam nak nangis belum lagi alkisah selipar hilang. Memang dah berkolam kolam dan deras air mata nih turun. Buat malu ajaaa.

Ni pulaa waktu nak pergi surau solat asar nisa park * park ? Pun boleh... * selipar macam biasa dekat surau. Dah susun leklok tapi bila habis jep solat nak pergi balik dorm tetiba selipar takde. Mula mula panas juga hati ni sapee pula lah yang ambil. Selipar nisa tu tak cantik pun laaa... hanya ada bunga bunga warna pink banyak lagi yang cantik menarik tertarik kau memang debum hahah lol. 

Tapi lelama tu hujan juga lah mata ni. Mana tak menangis kauuu tengah semangat semangat nak balik dorm tuptup selipar hilang. Takkan lah nak kaki ayam pula kang orang cakap kita tak waras dehh. 

Huhh rasa mcm manusia paling beruntung pula heheh bila Allah bagi sahabat sahabat yang prihatin gituu. Sanggup diorang cari selipar nisa keliling akhirnyaa jumpa juga. Tapi lepastu kena bahan lah sebab sikek jep nak nangis hahah :) Biasalaa manusia sensitif lah katakan.

Emm since duduk asrama nih air mata nisa dah banyak disedekahkan. Kadang tu nangis benda yang tak patut muhaha tapi sometimes nangis benda yang memang patut yang daa buat hati nisa tergores terluka gituh. 


So memang banyak benda dah nisa belajar selama setahun ni. 

Semua ni berkat tunjuk ajar kawan kawan, senior senior yang sempoii hehe dan cikgu cikgu sumee. 

Umi abah pun sama sebab merekalah nisa dapat belajar kat bumi tarbiah ini dan alhamdullilah dah setahun dah pun.

Yang utama sekali, Syukran Allah ! Thanks Allah sebab dah dengar doa dan luahan serta berikan nisa jalan yang terbaik selama ni. 

Esok 2015 kan ? Jadi tahun baru ni nisa berazam nak tingkatkan kecemerlangan, always nak jadi anak yang solehah buat umi abah, nak tambahkan amal ibadah dan jadi sahabat yang terbaik buat sapa sapa pun yang sudi hulurkan tangan untuk jadi sahabat nisa hingga ke syurgaa. Inshaallah ameen.

And for my old friends * kawan sekolah rendah *, doalaa agar satu saat nanti agar kita dapat berjumpa semula ramai ramai complete ibarat satu usrati. If takdapat pun kita jumpa kat syurgaa yah :)

Okbye salam alayk ~

2 ulasan:

nana liena berkata...

selamat tahun baru dik ya.1 belajar rajin2 tau

Nisa Zamberi berkata...

Hehe selamat tahun baru jugak kak ! :) Inshaallah .