About Me

Sebab Rindu

ASSALAMUALAIKUM


Sahabat, 
Jika waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang hayat, ingatlah aku selagi kau mampu, jika waktu mendatang memisahkan keakraban antara kita, ukirlah sesuatu tentangku di hatimu, agar nanti tika kita kembali bersua di suatu persimpangan, kau masih mengingati siapa aku dihatimu.



Januari / 2014

"Maryam dapat pindah."

"Pegi mana ?"

"Maahad Hamidiah." 

Balik sekolah tuh nisa cari maryam tapi nisa tak jumpa. Waktu tu kami sama sama bersekolah dekat SMK biasa bila kami tak dapat tawaran untuk pergi mana mana sekolah. Rezeki masing masing mana kita tau kan. Maryam cakap harituh hari terakhir dia kat SMK minggu depan dia dah nak ke sekolah baru. Nisa pura pura suka pura pura tabah tapi balik sekolah je nisa memang tak tahan nak nangis. Lima tahun jalinkan ukhwah lima tahun nisa terlalu bergantung dengan dia. Kenapa nisa kata lima tahun sebab sekolah rendah ada enam tahun ken ? Sebab darjah satu nisa tak rapat dan tak berapa kenal dia.

Selepas seminggu Maryam pergi melayari kehidupan baru dekat Maahad Hamidiah, alhamdullilah dengan izin Allah yah Allah juga nak beri nisa kehidupan baru rupanya. Maryam, nisa dapat SAMTEN ! Nisa dapat SAMTEN ! :')

Tapi nisa tak dapat bagitau Maryam sebab maryam dah pun pergi sebelum nisa bagitau berita nih. 

"Maryam awak tau, dekat samten nisa ada kawan baru. Diorang baik sangat dengan kitaa. Macam kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang berganti nih tetap tak sama. Kita rindu kesabaran maryam, kita rindu telatah maryam. Dann, kita rindu gurauan maryam." 

Mac / 2014

Nisa dapat jumpa maryam but taklama sekejap jeh sekejap sangat. Umi nisa hantar baju batik asrama nisa dekat mak maryam upah jahit. Takdapat borak borak lagipun dedua pun macam malu malu pulak. 

Cuma nisa dapat dengar Maryam gelak ahh rindunya sob sob :'(

Dan until now nisa dah tak jumpa maryam dah. Sapelah pengganti nisa dekat maahad ek ? Siapapun dia nisa tak kesah yang pening maryam bahagia kawan dengan diaa.

Nisa tak kesah kalau Maryam
lupa Nisa tapi doalah agar Nisa tak lupa orang sehebat awaa :'(

Ketahuilah bahawa ,
Diwaktu ini aku tidak pernah membenci mu .
Diwaktu ini aku mengingati kenangan kita .
Diwaktu ini aku sedang bersendirian memikirkan mu .
Diwaktu ini aku mendoakan agar kau mendapat penggantiku yang lebih baik .


4 ulasan:

Sabrina SA berkata...

Sedihnya baca entry ni.. Ina teringat bestfriend Ina sekarang ni... Umur dia 17 tahun.. Sekarang ni dia tengah sakit. Doktor kata kemungkinan dia boleh sakit kanser. Ya Allah, pedih sangat hati Ina..

Btw, Ina doakan supaya persahabatan korang tak terputus macam tu je.. Sabar ye..

OhhLieyaa berkata...

Maryam tak kan and tak pernah lupakan awak tu. always la contact dia. biasa la tu malu-malu sebab dh lama tak bertegur kan? hihi In Sha Allah persahabatan awak berdua kekal dgn syarat jga ukhuwah tu betul betul. bila always contact so mkin rpt n always rapat. :)

Qaseh Zamberi berkata...

@SabrinaSA kesiannya sahabat Ina tuh. Hm nisa doakan agar dia sembuh ya Inshaallah. Hope centulah :)

Qaseh Zamberi berkata...

@OhhLieyaa Inshaallah nisa cuba ya :) Waa terima kasih terharunya. Harap mcam tu laa. :)