About Me

Sepatutnya ?

Assalamualaikum ! 



Sepatutnya ?

Okay, sepatutnya sekarang ni dah selamat satu hari sekolah. Dan dah juga bergelar as a form 2 student. Dah masuk asrama mulakan rutin macam biasa apa sume. Nampak ayat macam semangat je budak ni nak sekolah. But sebenarnya rasa macam syukur sangat dapat extra satu minggu lagi cuti. Tapi kesiankan tengok mangsa mangsa banjir kat pantai timur sana. Terpaksa bersihkan rumah, ada yang dah ranap musnah. Sebak tengok.

Kenapa syukur ?

Malas nak pergi sekolah ya ? Eh tak, nisa cuma rasa macam belum ready untuk masuk form 2. Nisa pernah cakap kat umi yang nisa memang tak ada kawan yang betul betul rapat yang sama kelas dengan nisa tahun ini. Umi cakap, kita kalau nak tuntut ilmu mana boleh ikut ikut kawan.

Tapi faham tak, sebijak mana pun kita bawa diri, tapi kalau tak ada insan yang bergelar sahabat tu srs macam tak lengkap je rasa. Kawan biasa biasa tu adalah, tapi tu pun tak ada lah rapat mana. Diorang ada kawan kawan sendiri. Tak kan lah kita nak dok menempel tengah tengah. Nisa memang tak boleh rapat dengan orang if orang tu sendiri tak tegur nisa. Bukan sombong tau, tapi macam malulah bila diorang sekelompok nisa just sorang sorang.

Waktu nisa darjah satu dulu tu tolak tepi. Itu zaman masih budak budak. Masih tak tahu apa apa. Semua orang nak ditegur. Hahah. 

Lepastu, perangai manusia bukan kita boleh jangka. Kalau dok menyibuk tegur tegur ada juga yang mengumpat dari belakang. Benda tu semua nisa dah pernah lalui. Sebab tu nisa rasa tak yakin diri.

Semalam patutnya tarikh balik asrama. Alhamdullilah Allah masih bagi masa lagi untuk nisa bersedia. Nisa buntu. Setiap kali solat nisa doa harap sangat Allah bagi nisa sahabat yang dapat faham nisa luar dan dalam. Bukan waktu nisa susah dia biar.

Nisa tak kesah sapa pun yang sudi hulurkan tangan untuk jadi sahabat nisa till jannah yang penting ikhlas. Doakan nisa dapat temui orang macam tu. 


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suc
i

* ha kan dah nyanyi hehehe *




Urm kawan kawan blogger pula ada tips tak agar mudah dapat sahabat ? Kalau ada, kongsilah sementara cuti masih berbaki. Minggu depan dah nak balik asrama. Harap dapat kongsi supaya hati nisa yang gundah gulana ni boleh tenang sikitt. 

Ok bye.


Mohon jasa baik juga untuk klik nuffnang ya :)

11 ulasan:

sinuha berkata...

Sabar ye, Nisa. InsyaAllah nanti ada orang yang berkawan dengan Nisa. Buat masa sekarang, sendiri pun tak pe. Belajar berdikari, yang penting kita nak tuntut ilmu kan? Apa-apapun, akak doakan nisa boleh sesuaikan diri. :)

Bintang berkata...

Macam akak dulu, akak memang sorang2, takde kawan langsung. Tapi, alhamdulillah.. Lepas ambil 2nd diploma ni, akak tukar sikap akak. Akak tegur semua orang, tak malu, tak simpan dendam in shaa Allah dan yg penting bersangka baik dngn semua orang.. :)

Mengata, kawan makan kawan tu biasa lah dikk.. Tak semua suka kita, abaikan je mereka. Banyakkan bersabar :)

athirahwardah berkata...

tira pun pernah rasa cam nisa tapi lelama ok tu. insya Allah nanti nisa dapat lah kawan. btw, good luck :)

Isma Ismail berkata...

Its ok Nisa,usually bila form 1 memg still tak dak kawan yang rapat..hehe to me..but waktu form 2 bergaul dengan semua bila form 3 In Shaa Allah jumpa sahabat sejati ^^ #berdasarkan pengalaman lol

Cik_Shiqah berkata...

macam mana yer. akak ni jenis suka bergaul. pergi la mana pon. cpt aje dpt kawan n terus jadi sebulu dgn depa semua. haha :D Hurmm kita kena pandai adapt dgn suasana baru. kena pandai bwk diri n yg pntg try je ckp2 dgn diorg. nnt lama2 rapat la tu. :) Gudluck adik nisa! :)

Nisa Zamberi berkata...

Alhamdullilah . Nasihat kakak kakak dekat sini buat saya senyum sorang sorang . Terharu pulak tetiba :) Inshaallah nisa cuba. Nisa perlu sokongan semua ya ~ Doakan nisa :)

Anis Farhana berkata...

Saya takdak kawan rapat. Semua pun saya kawan biasa ja haha pastu masuk form 4 baru ada kawan rapat(tak rapat sangat la cuma boleh gosip gosip hehe). Walaupun dah kenai 3 tahun tapi rasa macam masa form 4 tulah detik perkenalan >.<

Masuk form 5, duduk sekali dengan kawan yang rapat tahun lepaih, jadi bertambah rapat :)))

ps : saya pun selagi orang tu tak tegoq selagi tulah saya tak cakap haha. cuma ada sorang tu saya tegoq jugak sebab dia diam sangat tapi sekarang dah jadi kawan rapat saya :))

Nisa Zamberi berkata...

Hehe time kasih kak Anis atas pengongsian. :) Wah untungnyaaa dah ada kawan rapat heheheheheh

Nisa Zamberi berkata...

Nisa dulu tyme sekolah rendah ada jugak kwn yg nisa rapat sgt sgt dan apa apa sume mesti bergantung kat dia . Sebab dia Ya Allah.. baik sangat.

Tapi dah masuk sek menengah semua dah buat hala tuju masing masing :) Sekolah pun dah tak sama. Yang sedih tuh lost contact :'( until now .

Iezwa Razk berkata...

Selamat kembali ke sekolah dik. Akak masa first pindah sekolah memang tak ada kawan tapi akak start being friendly dengan classmates, Alhamdulillah sampai sekarang still contact even dh lama tinggalkan zaman persekolahan. Go go Nisa. You can do it !!

Papaglamz berkata...

Happy study.. Nnt cr kawan byk2 tau..