About Me

EXAM T.T

ASSALAMUALAIKUM

Kebanyakan entry blogger lain yang takat sama baya dengan nisa semua dah habis exam. And bercadang nak habis kan masa cuti mereput dekat rumah tengok movie. Tapi malangnya diri ini masih ada dua paper lagi yang masih menunggu hari untuk di jawab * nangis telentang sambil hentak kaki *

Okay .

Exam ? So how ? Macam tulah macam tulah macam tulah. Takleh nak gambar camne perasaan waktu tengah minggu exam. Kadang kadang rasa nak ketawa sensorang ada, nak nangis tengah tengah malam ada, nak menjerit tepi telinga orang pun ada. Memang nak buat conclusion nyaa, perasaan waktu tengah exam ni memang agak kurang waras, emotional sikit &*$% mungkin sebab terlalu banyak fikir.

PAT .

Ikutkan jiwa raga ni sebenarnya nak habaq tak sanggup nak ngadap 16 subjek and 16 paper yang akan nisa jawab. Siyes cakap rasa macam nak keluarkan otak ni, masukkan maklumat yang ada dalam buku tu dalam pendrive lepastu cocok kat otak. Wah amazing ! Kau nisa, buat perumpamaan hiperbola sungguh hahahaa.

Tapi apakan daya weyh, kita semua ni manusia biasa. Lumrah sebagai seorang pelajar. Macam umi nisa pernah cakap, waktu umur kita macam ni memang kita akan rasa macam tak sabar sangat nak besar. Nak lepas semua benda exam yang berhantu ni. Tapi, percayalah. Bila kita dah besar nanti, kita akan rindu punya nak balik zaman zaman sekolah ni. 

Itu umi nisa cakap lah. Tak tau lah macam mana pendapat yang lain. Cuba tanya pendapat makayah korang, rindu tak zaman sekolah ^ Ajet ajet jadi wartawan sikit.

16 subjek .

Tuh belum pecah pada subjek yang couple lagi. 18 or 19 subjek semuanya. Heh tarik nafas. Tapi setakat yang nisa lalui ni, memang memula susah lah nak hafal esp subjek azhari. Hafal separuh, then gelak banyak banyak sikit berderu keluar macam air terjun. Terus lupa. Hafal balik, pastu tak masuk dah. Sepuluh kali percubaan baru masuk. Tuh pun baru ayat sebaris. 

Kawan kawan nisa yang lain ?

Okay yang nih memang pedih sikit nak cerita. Kebanyakan yang nisa tengok, memang terror terror hafal. Memang otak otak suci lah senang cakap. Yang kita ni, duduk sensorang tersangkut-sangkut. Memang pedih bro. Rasa macam haish sabor bawa mengucap. 

But ada jugak yang tanya kat nisa sebab nampak nisa macam senang sangat hafal.

Bak kata orang, kita ni kalau nak bangun dan tersenyum gembira, mesti sebelum ni kita dah banyak kali jatuh tergolek masuk gaung. Macam tuh lah nisa rasa. Payah nya nak hafal jangan cakap. Pedih weyh. Tapi bila dah dapat hafal, rasa macam gembira nya hanya Allah je tahu ^.^

Setakat 14 subjek yang dah habis jawab ni, alhamdullilah ada senang dan mashaallah ada yang susah. Dan subhanallah Allah hadirkan ketenangan untuk nisa lepas habis je jawab semua paper ni walaupun ada je paper yang susah macam pecah kepala jawab. 

So apa apa pun, doakan nisa untuk dua paper lagi *buat lambang peace* yang akan coming soon nih okay ~

Nisa pun inshaallah doakan kejayaan untuk semuaaa okay. Buat abang abang akak akak SPM esp federation semoga berjaya, banyakkan berdoa, lepas berusaha sehabis mungkin tawakkal pula okayh ^

Buat abang abang akak akak SMA esp legacy bittaufiq wanajah fighting berusaha sehabis baik ^

Buat abang abang akak akak PT3 esp millenium goodluck untuk result yang akan tiba. Terima dengan redha apa yang berlaku. Ingat, setiap yang allah beri, setiap yang allah bagi ' Everything happens for a reason'. Lepasni, kalau ada yang pindah nak tinggalkan bumi Samten nih jangan lupa saya dan yang lain ecececeh ~

Buat rakan rakan se batch phoenix semoga berjaya jugaa untuk result PAT muu ~ Dedicated to excellence visi kitaa ^

Buat adik adik infinite semoga berjaya juga untuk PAT okayy ~ Stay cute stay comel stay soleh stay solehah. Sama sama cemerlang untuk gapai ilmu Allah ^

Okay sampai situ je lah entry nisa kali nih. Minta maaf beribu maaf kepada yang sudi view blog even tuan dia takde, kepada yang sudi singgah baca entry even entry pun banyak yang dah berkurun dan kepada yang sudi datang tinggalkan jejak ^ 

Terima kasih semuaaa. 

Gtg, assalamualaikum * pfttt lari sepantas kilat *


2 ulasan:

intan safiya berkata...

bittaufiq wannajah akak ! :)

Nisa Zamberi berkata...

bittaufiq wannajah jugak dik :) Syukrann