About Me

Mengaji ]

ASSALAMUALAIKUM


Hai hai hai ^ Okay abaikan barang barang nak balik asrama esok yang bersepah sana sini. Hehee sempat lagi update entry taktahuu lah angin kerajinan mana yang datang memalam ni. Sooo bergembira dengan entry kali ni. Tak nak baca ? Sudah boleh blah (( hehe gurau gurau ))

Alkisahnya begini , 

Tadi, nisa tengok ummi nisa ajar budak budak ngaji. Seriously rasa terhibur sangat bila tengok muka budak budak. Rasa macam masalah sirah tak hafal lagi terus hilang macam tuh je. Sirah tak hafal lagi ? Okay memang ni problem yang tengah serabut kat kepala wa sekarang ni. Doakanlah supayaa kepala nisa ni mudah menghafal malam malam ni. Almaklumlah cuti sekolah seminggu busy kalah mak datin kann muaheheh.

Okay berbalik kepada story, setiap malam sabtu ahad ummi nisa adakan kelas mengaji malam kat rumah. So, mana mana mak ayah yang nak hantar anak anak dia ngaji, diorang hantar kat rumah nisa malam sabtu ahad. Actually dah lama sebenarnya ummi adakan kelas mengaji. Dari zaman nisa kecil kecil dulu lagi. Cuma, dulu lagi meriah lah berbanding sekarang. Kalau boleh nak kata sampai takde ruang nak berjalan kalau tyme zaman nisa dulu. Punyalah ramai nak kataa. Sekarang ramai juga tapi taklah seramai dulu. Cuma dulu, ummi buat kelas mengaji tiap tiap malam. 

Sincee ummi sakit, ummi dah tak larat dah nak buat kelas mengaji tiap hari. Hm lama juga lah berhenti buat kelas mengaji last waktu umur nisa darjah 5. And start tahun lepas ummi mula balik. Ummi kata saja nak tolong jiran sebab dah banyak kali request dekat ummi nak hantar anak anak ngaji. 

So tadi, nisa sengaja intai intai budak budak tu baca. Ada yang masih tak lepas alif ba ta lagi. Tapi takpelah slow slow. Cumanya, ummi macam tension sikit bila budak tu masih tak boleh nak pickup alif ba taa lagi. Sebab tu umi kata nak mengajar budak budak ni kena banyak sabar. Lepas ingat ba dengan ta, terus lupa huruf alif. Haisshh nisa tengok pun rasa macam nak tarik telinga jee. Aipp aipp tapi tak boleh sebab budak tuh comel sangat ahahaa.

Nak cakap geram ,

Memanglah geram. Tapi, tetiba teringat pula waktu tyme nisa belajar iqra' duluu. Banyak jugalah sangkut. But waktu zaman nisa dulu, ummi lagi garang tau. Bawa rotan panjang abah sekali timee nak ajar ngaji. Tak dapat, kena rotan lah. Sampaikan bergenang genang air mata semata mata sebab tak lepas satu huruf sebab takut kena rotan hehee. 

Ingat balik ,

Malu pun adaa. Sebab tyme nisa dulu ramai jiran jiran nisa ngaji sama sama. Sama baya ada, tua setahun, tua dua tahun pada nisa pun ada. Kalau ikutkan sekarang semuanya dalam umur form 3, form 4, form 5 camtuh. Hehee, sebabtulah kalau diorang terserempak dengan ummi sekarang, diorang hormat sangat. Duluu berhingus je semuaa muahahahaaa, sekarang kemain cantik cantik and hensem hensem lagi hehee. 

Nisa, hehe maintain selekeh jee. Kehkeh. So, itulah alkisahnya zaman mengaji nisa dulu dulu. Rindu ? Gila weyh tak rindu. Rindu sangat sangat. Kalau ada mesin masa, nisa nak lalui zaman tuh balik walaupun dulu macam budak budak sangat. Paling ekstrem, paling tak dapat lupa bila nisa berlaga dengan seorang budak laki time mengaji sebab berlari dalam rumah tak dengar cakap ummi. Muka lebam sebelah. Memangg hodohh. Pergi sekolah, orang ejek hantuu. Hehehee menangis tak ingat dunia huhu.

Rinduuunyaaaa ^ Kalau dalam cerita cerita orang cakap kawan satu kampung, kitaorang kawan satu tamann yang rapat gilaa. Tapi sekarang semuaa dah pindah rumahh huhu cedihh. Miss youu ollss, Abang Aiman, Abang Ayib, Kak Farra, Kak Nadira, Kak Piya, Kak Iqa, Abang Syahmi, Ainn, Abang Iskandar, Abang Adli, Abang Azrii and ramaii lagi nisa pun dah tak ingatt nama. 

Ok lah makin banyak trobek, makin banyak pula cerita hehee. Okbye ^

p/s : Doakan nisa untuk KAMIL Rabu depan .

Tiada ulasan: