About Me

Random Entry ^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hai uollss. Salam Sayyidul Ayyam ^

Entah lah kenapa tiba tiba hati ni rasa berdebar tak tentu pasal. Malam tadi pun tidur asyik terjaga je selang sejam. Berapa kali dah cuba positif kan diri yang kau boleh buat. Tapi rasa macam self confidence tu langsung tak ada. Adakah ini petanda yang aku dah mula berputus asa sebelum bertanding ?

Hm nisa tak tahu lah bila lagi yang nisa boleh jadi macam orang lain. Yakin dengan diri sendiri, tak mudah gentar bila tengok kelebihan orang lain. Dan yang paling nisa kecewa dengan diri nisa bila nisa sangat takutkan cabaran. Taktahu lah bila lagi mind set nisa ni boleh tukar. Kalau boleh nisa taknak duduk dalam takuk yang sama dari dulu sampai sekarang.

Lagi berapa hari je lagi ^

Sekolah nisa akan adakan kemahiran amal islami. Beberapa minggu yang lalu kitaorang adakan perjumpaan rumah sukan ( firqah ). Entah dari mana datangnya kekuatan pun nisa taktahu bila nisa sendiri kata nisa nak cuba masuk tilawah al-quran. Nak hampir tiga tahun dah nisa jadi warga bumi tarbiah ni. Dan nak masuk tiga tahun juga nisa duduk diam macam orang pasif. 

Orang kata nisa ada kebolehan. Tapi nisa langsung takpernah improve diri sendiri. Orang kata nisa boleh, diri nisa kata nisa tak boleh. Orang kata, apa kata kalau nisa cuba. Tapi nisa geleng kepala. Nisa kata nisa tak mampu. 

AND NOWWW !

Bila orang pandang rendah dekat diri nisa, nisa sedih. Bila orang kata nisa tak boleh buat apa apa, nisa sedih. Bila nisa cuba jadi berani macam orang orang lain, ada suara sumbang kata " seriouslyyy nisa nak masuk ? maigadd " Hati mana tak sedih weyh, luar nampak senyum tapi dalaman sedihnyaa ya ampunn.

Tapi ,

Nisa tahu apa pandangan orang dekat nisa selama ni actually sebab salah diri nisa sendiri yang sangat sangat sangat takutkan semua benda !

Persoalannya ,

Andai sekarang nisa nak mula berubah supaya nisa jadi orang yang ada self confidence, andai sekarang nisa mula yakin nisa boleh jadi macam orang lain, " Salahke nisa nak cuba ? Salahke ?"

Nisa mohon, bantulah nisa bangun. Jangan diperlekehkan. Jangan pandang rendah. Hulurkanlah tangan dengan senyuman, " Nisa, kau boleh. Kau boleh jadi macam aku. " 


p/s : Doakan nisa semoga nisa terus diberikan kekuatan. Jangan lemah semangat dan menggapai kejayaan dengan jayanyaa. Dann doakan nisa untuk tilawah al quran (( KAMIL ))  rabu depan ^ #KHALIDALWALID chaiyok ^

Tiada ulasan: