About Me

Friendship ^

" A strong friendship doesn't need daily conversation or being together. As long as the relationship lives in the heart , true friends never apart."


Assalamualaikum, hye readers ^ salam ramadhan kareem dan salam sayyidul ayyam.

Dah masuk hari kelima umat Islam di seluruh dunia berpuasa, hm setakat ni macam mana ? Hopefully semua dalam keadaan sihat sentiasa di bawah limpahan rahmatNya. Harap ramadhan tahun ni menjadi ramadhan yang terbaik min tahun tahun sebelum ni kayh. Ingat, bulan puasa ni bukan setakat kita nak buat  ibadah banyak banyak je, tapi mulut pun kita kena jaga jangan sampai keluarkan kata kata yang kasar apatah lagi sampai buat hati orang lain terluka hm, nauzubillah. Mana tahu nih ramadhan terakhir kita, rugi pula kita tak beramal dengan sebaiknya ^

Wokayh start kepada story yang nisa cuba nak coretkan pada hari ini ,

Iaitu pasal persahabatan, ukhwah.

Actually today nisa takmau la fokus pada apatuh definisi ukhwah, cara berukhwah or bla bla for me benda tuh kita dah biasa dengar but today nisa nak story masalah yang selalu sangat terjadi dalam friendship even nisa sendiri pun always and baru baru juga terjebak dalam problem ukhwah nih huhuh. But today kita cerita umum yah, bukan masalah sesapa dan takde nak mention sesiapa ^

Pernah tak, korang tersakitkan hati sahabat or sahabat korang sakitkan hati korang ?

Nisa mention dekat sini sahabat not kawan sebab bagi nisa sahabat ni orang yang lebih dekat dengan kita, faham isi hati kita, tolong time susah dan saling mengingatkan kalau each other buat salah. Kawan pula ? Heheh kawan, kawan macam tuh jelah. Takde rasa nak faham diri dia dengan lebih dekat dan selalunya orang kita anggap kawan nih if dia buat kita terasa kita tak pernah ambik pusing sangat. Who them to us. Kan ?

Tapi kalau time terkena dengan sahabat mashaallah, it's feel menyocok lubuk hati paling dalam. Sakit woo. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku. Kan ? Hahaha.

HATI .

Memang satu organ yang super duper sensitif, sebab toksah nak kata dengan perbuatan, dengan kata kata pun boleh terluka. So hati hati dengan hati heee. Sediakan plaster banyak banyak kalau tahu hati tuh selalu sangat terluka. Eh ? Okayh tak lawak.

Maybe problem yang terjadi kecik bagi kita dan kadang kita tak rasa pun benda tuh patut dijadikan problem. Tapi bagi si dia, benda tu tersangat lah besar nak nak lagi bila terkena dengan orang yang jiwa halus or sensitif. Hm. 

Kalau dalam problem tuh kita yang mulakan dulu atau pun tak, then si dia merajuk tarik muncung berinci inci, apa kata kita yang mulakan minta maaf dulu. Tak susah pun even pedih sikit jeh. Dalam Islam pun kata orang yang hulurkan maaf dahulu pahala lebih berganda daripada orang yang menerima maaf. Taknak ke pahala ? Saham kat akhirat tuh. For me, tahan sikit je hati yang luka tuh, tenangkan hati dan pergi dekat dia hulurkan tangan sebagai tanda kemaafan. Then, dia sambut tangan tuh dan friendship kita sambung semula. THE END.

eh tak habis lagi.

KALAU DIA TAKNAK MAAFKAN KITA MACAM MANA PULA ?

Hahaha lek duluu. 

Okay bagi persoalan di atas hm hm, okayh cuma ada secebis nasihat bagi yang hulurkan maaf tadi tuh supaya sabar sabar dan terus sabar. Nisa faham, maybe ada je rasa dalam diri tak boleh sabar dengan si dia. Sebab kemaafan kita yang ikhlas ditolak mentah mentah oleh si dia. Rasa macam nak terajang dan cincang cincang aje kehkeh. 

Assobru minal iman. Sabar itu sebahagian daripada iman. Sabar, sabar dan sabar... Tak perlu kita nak balas dendam or maki hamun dia balik ataupun benci dia separuh mati pulaa. Anggap aje ini sebagai satu episod adventure yang Allah jadikan dengan izinNya untuk menguji setara mana keimanan kitaa.

Buat si penerima maaf tetapi enggan nak maafkan nih ,

Terimalah maaf si sahabat tadi dengan hati yang terbuka. Try sikit sikit untuk buang rasa benci dalam diri. Kalau sahabat awak tadi boleh senang senang hulurkan maaf dan lupakan apa yang terjadi macam itu je masakan awak tak boleh, dear. Kata nak ukhwah kekal sampai Jannah. Yang paling penting, tundukkan ego yang sentiasa kuasai diri awak tuu. Semua orang ada ego. Jangan fikir ego sendiri sahaja yaa. Sahabat awak tadi, penat dia berusaha letakkan ego dia serendah rendahnya. Takkan awak tak boleh ? Awak mesti kena buktikan awak lebih hebat dari dia.

Kalau susah sangat ,

Nahh baca nih.

" Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang. "

Cuba ingat balik kebaikan yang sahabat awak pernah buat dengan awak selama ini. Macam macam dia tolong. Time awak nangis or geram, siapa lagi tempat luah kalau bukan kat dia. Dalam pelajaran, dia bantu sikit sikit, even sahabat awak tadi tak secerdik awak. Banyak benda dia bantuu. Kalau tak banyak pun, ingat sikit pun jadilah ya awak.

" Memang sukar membiarkan  ukhwah itu diperjuangkan saat hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan. Nescaya kita akan bahagia. "

Okaylah, sekian entry nisa pada hari Jumaat yang mulia ini. Terima kasih sudi baca. Jaga ukhwah, ajar hati untuk qawiy, jangan mudah tunduk dengan bisikan syaitan yang keji. 

Happy Fasting , Salam Ramadhan Kareem. Byee gais.

p/s ;

Assalamualaikum kata aluan diberi,
Kami semua calon pitithree,
Mohon tembak doa buat kami,
Untuk kerja kursus Sejarah dan Geografi. 

" Semoga semua calon PT3 Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dan semua calon PT3 di seluruh Malaysia dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dan Geografi yang akan dijalankan beberapa minggu lagi serta PT3 bertulis beberapa bulan lagi. Berikan mereka kejayaan, Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu lah kami berharap."

Aminn. Goodluck calon PT3 2016 ^

2 ulasan:

afiqah zamri berkata...

good luck nisa..

Straight A kena dalam tangan ...
insya Allah boleh

Nisa Zamberi berkata...

thanks akak 😀