About Me

Pemimpin ?

ASSALAMUALAIKUM

Aaa dah lama tak ngapdet blog. Busy dia kalah mak mak Kiah merewang satu kampung. Lol ahah ekceli selama ni, perasaan malas tu memang sentiasa berada kat tangga teratas dalam diri aku. Semuaa benda aku tak semangat nak buat. Cuma sekarang nisa semakin rajin time kat sekolah, time cuti je malas malas.

Ceh poyo kemahin ;

Okay harini nisa nak ceritaa pasal tajuk entry nisa tu. Pemimpin pula tetiba jah pahal ? Aip dengar duluu. Duduk tegak tegak pls. Aku takut kau tertidur baca entry akuu. Heheh.

Okay start ,

Alkisahnya .

Nisa bakal berkecimpung dalam dunia lembaga lembaga kuning. Sumpah nisa tak expect sebab tak pernah berangan pun nak masuk dalam dunia tuu. Even kat sekolah rendah nisa dah biasa pegang jawatan tu untuk kedua dua sekolah, sekolah kebangsaan or sekolah agama. But pada situasi sek menengah ni agak lain keadaan dia.

Tugas berat .

Kalau sekolah rendah duluu main sabalewa je dapat jawatan ni. Tapi bila sek menengah dapat pegang jawatan tu, kau dah mula takleh sambalewa. Orang katalah, jawatan ni paling serius. Percuma percuma kena palau. Dari ramai kawan, kau boleh terus hilang kawan. Sebab bagi orang,

" Oh dia ni kan balaci. Nak mati ke aku kawan dengan pelapor terhebat." Hahah, typical bila seseorang mula sarung baju kuning tu. Even nisa baru je mula nak jinak jinak masuk dalam dunia pemimpin ni, sepanjang nisa jadi budak biasa pun aku dah dapat agak camne mereka yang pemimpin ni rasa.

Sebab kekadang ada je aku tak ikut cakap dorang. Dan setiap kali aku tak ikut cakap dorang tu lah aku dapat selam apa dorang rasa. Eventho nisa yang belum pun sarung baju kuning nisa dah mula nampak anasir anasir jahat yang cuba menghentam aku ;

Buktinya,

" Nanti dah jadi pengawas, jangan garang garang eh. Kalau tak, esh siap kau."

" Nanti apa yang nisa cuba nasihat, kita takkan ikut. Sekali nisa tegur kita, kita palau kamu selamanya."

hmm ; ahah (( nak tergelak )) belum pun jadi, dah ada yang cuba bagi pesanan macam macam. Entahlah agak agak kalau dah jadi, hari hari aku kena hentam. Aku tak kesah pun actually.

Ni lah nama nya cabaran. Baru lah adventure sikit hidup aku lepasni. Barulah hati aku ni charge jadi qowiy sikit. Manusia biasalah. Palau laa tahap gaban pun akhirnya aku juga yang dia cari. Dia lupa hidup ni tak selamanya menongkat langit agaknyaa.

Dan after this takdelah aku terkemut menyorok belakang belakang disebalik baju putih yang aku sarung.

Menjadi pemimpin bukan mudah semudah yang disangka ,
Bukan juga susah sesusah yang disangka ,
Kekuatan perlu dipupuk sekental mungkin ,
Pancoraba yang wujud bukan untuk dihindari tetapi dihadapi ,
Barulah sinergi bahagia menunjukkan cahaya ;

Dengar kan ini luahan kami ;

Kami menjadi pengawas, atas pilihan Dia, samada kami sememangnya rela atau tidak, itu perlu ditolak tepi. Yang pastinya kalau kami buat, kami dapat pahala, dan kalau kami tak buat bererti kami khianat pada kamu, pada guru dan sekolah. Jadi? apa harus kami lakukan?

Jika kamu masih keras untuk tidak memahami kami, aku pinta satu. Tolong letakkan diri kamu di tempat kami. Tolong rasa apa yang kami rasa. Sesungguhnya kami tersenyum tika kamu mengumpat pelbagai macam mengenai kami kerana kami yakin dengan Dia. Bukankah rancangan Dia tetap terhebat? Walaupun kami kadang kala jatuh kesedihan dengan apa yang kamu katakan, tetapi kami tanam dalam-dalam kekuatan menjadi pemimpin dalam sanubari kami.

Aku pinta sebuah lagi permintaan. Tolong fikirkan keadaan dunia yang tiada peraturan. Tiada insan yang berminat untuk menegur, menjaga dan melaksanakan peraturan. Bagaimanakah? Bahagiakah hidup kita ketika itu?

Aku menulis bukan atas rasa dendam dan iri. Seribu pohonan kemaafan aku minta kalau ia menyakitimu.Tetapi aku mohon aku dan kamu berfikir dan mencerna kembali. Moga sinergi perubahan dan praktikalnya akan terus mekar mewangi. Azimat keanggunan insan bermaruah dan harmoni.

" Aku tidak minta kamu menghormati aku, 
tetapi aku cuma minta kamu memahami aku. " :')

3 ulasan:

Naseha Aika berkata...

weii ayat meletup hakaks ni.. mencucuk-cucuk jantung ni haa kau dia punya zzapp dia. Nisa, kita nk habaq sikit. Kentalkan dirimu ya sahabatku. Jangan menangis lagi kalau disakiti. Biasalah, jadi pemimpin. Mesti ada yang tak suka, macam rasulullah.. baik macam mana pun, ade jugak yang membenci. Menjadi seorang pemimpin ini bukanlah mudah. Malah di akhirat kelak, sekiranya pemimpin itu tidak melaksanakan amanah dengan baik, nerakalah tempatnya. Tapi, kalau pemimpin itu menjalankan amanahnya, inshaallah syurgalah tempatnya. Semoga jadi pemimpin yang berwibawa ya? Salam sayang dan nasihat daripada temanmu yang hina dina ini. Mmuahhh sayang cak!

#sori membebel kat sini

Nisa Zamberi berkata...

baik nas 😃 doakan kita , may allah ease everything

Nana berkata...

Assalamualaikum, saya ni pun pengawas baru dilantik. Alkisahnya, slps sarung baju hijau (baju pengawas skola saya) kawan kawan semua dah jauh. Takde yg nak borak borak, teman wktu rehat. Sedih tu sedih jugak, sbb yelah, member dh lama, tpi sbb baju hijau ni je, member semua lari. Saya rse semangat betul lps baca entry ni, wlaupun saya tak knl admin, tpi terima kasih lah eh, sbb seriously, entry ni bagi saya semangat utk teruskan amanat cikgu. Saya doakan semoga hari admin berjalan lancar dan admin dpt terus jadi pengawas yg berbakti pada sekola (acacah skema jap)