About Me

Dreams ;

ASSALAMUALAIKUM

Long time no see maaa ;

Lebih kurang dua bulan gak tak heret entry entry baru. Entahlah tak rindu pun. Tak rindu pun nak menulis (( kejam en )). Actually bukannya apa. Takde modal nak cerita. Lagipun kalau nak dok sakan bercerita pun mesti sangkut paut pasal sekolah exam asrama dan berulang balik benda yang sama.

Daripada bosan menaip dan kau pun naik muak mendengar, lebih baik aku sibukkan diri dengan benda lain. Atleast aku boleh selamatkan sistem pencernaan korang daripada muntah dengan cerita yang sama from me. Lainlah kalau cerita yang aku ulang ulang tu cerita pasal Scotland ke London ke boleh pakai jugak ye dak kahkah.

Okay alang alang dah masuk entry baru ni ,

apakata kalau aku selit sikit je pasal exam. Okay jangan muntah dulu. Sikit je, tak banyak. Sebab kalau cerita lama lama pasal exam pun aku rasa aku pun nak pitam rasanya.

Exam okay. Cuma result aku takut KO. Benda biasa. Sumpah exam PPT buatkan aku rasa macam dunya berputar tiga ratus nampuluh darjah sebab semuanya di nalurikan barai sebarainya. Mungkin salah aku jugak yang tak buat preparation awal dan susah sangat nak bangun pagi refresh balik apa yang dah belajar.

Kalau bangun pun ,

Elok je tersengguk-sengguk dekat atas tilam. Tak sampai lima minit aku dah tertiarap balik atas tilam. Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku nak elakkan daripada tersengguk lagi, jalanlah terhuyung hayang pergi tandas. Pukul tigaa. Aspuri senyap. Semua tengah beradu.

Tapi,

malangnya aku tertidur waktu basuh muka membuatkan aku batalkan niat balik dorm tidur balik. Hmm kau doa doakanlah buka sekolah ni cikgu tak conteng kertas aku dengan merah merah okay.

OKAY ;

Habis sudah pasal exam. Sekarang berbalik pada entry aku todayy!

Ahad lepas hantar Kak Auni pergi daftar uni. Dia dapat universiti jauh nun kat utagha. Dia dapat UUM a.k.a Universiti Utara Malaysia. Actually dia dapat UITM juga tapi dia tolak sebab dia dapat course professional accountant di mana kalau masuk jurusan ni kau tak boleh guna duit Malaysia. Kena bayar guna paun sterling. Mahal la jugak. Course ni dengan kerjasama luar negara. Tapi disebabkan kos yang agak mahal dan UITM bukan pilihan pertama dia, so dia tolak.

Dalam masa yang sama dia dapat tawaran UUM, course Asasi Pengurusan. Jurusan dalam bidang accounting juga. So dia memang happy gilaa nak cerita bila dia ditawarkan uni first choice dia. Jauh tu, memanglah. Tapi, umi abah nampak tak kesah pun so aku tumpang gumbiraa.

Sampai sana, dia ofkoslah happy. Dan aku yang tak lepas espiyem ni macam tak sesabar nak masuk uni. Terpegun jugaklah besarnya universiti dia. Bilik yang dia dapat pun menepati apa yang dia nak. Memang sentiasa murah jaaa rezeki dia ni ;

Aku jee rasa macam mana pula halatuju aku lepas espiyem nanti. Seram jugaklah rasa. When yelah anak sulung umi abah dah pun lepas jejak ke uni. Aku pun mestilah diorang letak harapan tinggi jugak omnomnom. Hmm rasa berdebab benda berat jatuh belakang badan aku ni aisehh. Kalau tanya aku, ofkos aku nak jugak jadi macam dia.

Dari UPSR sampai ke SPM tak pernah susahkan umi abah untuk apply memana. Semua dia survive sendiri, dapat pulak tu apa dia nak. Aku pula UPSR pun dah start sangkut (( mohon muhasabah kembali )) Pititigaa je pernah rasa nak up balik. Tu pun macam up tak up jee ^

Cuma satu je yang aku nampak dalam diri Kak Auni,

dia tak pernah pun sekadar berangan angan je. Dia tak pernah cakap pung dia nak jadi itu ini. Cuma aku nampaklah apa goals dia senanyaa. Even takpernah pun dia canang dia nak jadi akauntan ke apa ke kat aku, aku nampak semua tu bila dia dah buktikan semua nya berdasarkan result result yang dia dapat.

Betullah rupanya quotes yang tertempek dekat locker sebelah aku,

Don't tell people your dream, show them. (( uii pisham ciplak sat naa jangan terkembang kempih pula aku puji quote hang ni ahah ))

Jadi lepasni tak salah kalau kita ada impian ada matlamat pun. Bagus lagi adalah. Sebab orang yang hidup tanpa matlamat umpama macam takde arah tujuan. Hidup atas muka bumi menadah nasib. Langsung tak de rasa nak usaha sikit pun. Cumanya, kalau dah ada impian tinggi tiggi tu seiringkan lah juga dengan usaha biar kita dapat buktikan yang kita pun mampuu.

Jangan jadikan Mat Jenin tuu sebagai Qudwah Hasanah pulaa,

berangan je tapi hasil takdee.

Doakanlah aku supaya dapat capai apa yang aku nak jugakk okayyy // Babye.

Love.

3 ulasan:

Naseha Aika berkata...

pergh.. tahniahlah. Diri sendri pula yang terzzappp.. Semoga kita dapat menjejakkan kaki bersama-samalah ke Universiti. mmuahh <3

Sayyidatun Nafisah berkata...

Patutlah macam ada aura nak terbatuk dari tadi.

Sayyidatun Nafisah berkata...

patutlah ada aura macam nak terbersin