Comebackk

ASSALAMUALAIKUM


Fuh setelah berbulan bulan bulan tak mengupdate bendalah ni ; 

Yeayy finally dapat gak update hari ni so yah blog pun dah macam tebal dengan habuk, sarang lebah dah bersawang sawang, trafik blog pula macam biasa slow sangatt bila aku dah tak rajin blogwalking hm. Aku taktahu ke mana kerajinan dan semangat aku buka blog tu pergi, seriyes taktahuu. Maybe sebab aku terperangkap dengan exam exam sch yang tak putus putus hm maybe. Maybelah.

Nak buka blog ni pun jenuh aku berperang dengan internet rumah ni ha. Lembab diaaa mashaallah aku rasa boleh habis laptop ni aku gigit gigit. Bukan setakat lembab, tetiba no connection la apalah lol sangat. Aku sampai duduk termenung depan router wlan jadi juruteknik tak bertauliah kat situu. Lastlyy boleh juga bila aku pujuk elok elok. Taktahuu pula manja rupanya. 

Soooo ;

Selama beberapa bulan tak update ni pun bukan sebab aku tak rindu. Nak kata rindu tak jugak heheh. Nak kata malas pun tak jugak. Rajin pun tak jugak. Habistu ? Ntahlaaa. Aku kekadang rasa nak je update, tetiba nampak buku sekolah aku rasa nak belajar pula. Bila tengah studyy, aku rasa macam nak bebel pepanjang dalam blogg. Ye laaa maybe sebab disyear nak SMA soo kena banyak prepare perah otak nak hafal. Nanti kalauu asyik buka tenet jee cepat benor berangan ntah apa apa. Jadi aku taknak jadikan bendalah bendalah ni jadi penghalang untuk akuuu. 

Tapi ;

Benda yang paling rapat dengan aku untuk release tension adalah menulis pokpekpokpek dekat blog. Ni la besfren kesayangan akuu. But bila nak menulis pulaa aku dah terperuk kat asrama. Mana nak gagau tangan cari laptop hek. Diari ? Jujurnyaa aku tak suka tulis diari. Sebab buku diari aku tu tak lawa mana, aku tak suka benda benda yang tak boleh pay attention aku hoho. So akuu tersangat sangat konpius dengan diri sendiri saat dan ketika ini ; maka mari bantu kehkeh

Exam ? 

Alah tak sukanyaa cerita pasal examm. (( Krohh krohh )) Cuma nak minta doa lah supaya aku dengan mereka mereka yang lain dapat mumtaz untuk SMA ni ha. Actually takmampu nak target mumtaz sebab hm yelaa markah maintain je tapi orang lain dah lumba lumba naik. Sokayy usaha dulu, takde yang mustahil dalam hidup ni ye dak ?

Okay lain. 

Asrama ? 

Tak ada story apapunn dekat asrama, ni ha cumanya tolong doa beramai ramai supaya kucing kucing dekat aspuri ni boleh cepat cepat blah atauu serbu aspura pun amat digalakkan ahahah. Kami taktahan dengan asyik beranak berak kencing atas katil orang. #nasibsistakpernahkena

Okay ha lain. 

Takde benda lain dah nak membebel. Act ada banyak jah benda nak story. Lagi lagi baru baru ni ada banyak benda yang jadi. Pasal manusia muka talam muka dulang muka cerek muka kuali semualah. Ahahah sebenarnya geram sangat pasal benda ni. But takboleh cerita sekarang lah nanti emosi takleh kawal. Nanti ah bila bila.

Okayyylah before entry ni habes, aku nak minta doa doa anda supaya aku dapat kemudahan tempuhi pat yang akan kunjung tiba ni. Tiga minggu dalam suasana exam suree aku akan jadi zombie tidur lambat bangun awal lagi. Aduhaii taksukanya memandang bila lepas habis prep je akulah yang akan buat taik mata duluu. Hahahaaa. Aku kan sleeping beauty puii. 

Ha untuk SMA jugak. Doakan supaya ketabahan kecekalan menghafal kembali balik dekat akuu sebab aku taktahu aku terbuang dekat tong sampah mana. Tau tauu ! Anda anda yang baca juga moga berjaya dunya wa akhirat. Babyeee. #bilapulanakupdatelagini

p/s ; moga dengan entry ringkas dan tersangatlah mengarut ni boleh mengubat rindu kalian padakuu lol #adakeorangrinduaku

Tiada ulasan: