Selamat Kuasa Dua

ASSALAMUALAIKUM

Hellooo.

Kembali berblogging dengan semangat nasi impit dan kuah kacang di sisi ahahah. Okayss sebenarnya aku nak update semalam lagi tapi taktahu la nape rasa malas bebenor nak menaip. Macam biasa, banyak benda yang aku nak cerita.

Especiallyy, tentang dua selamat yang aku nak mention dalam entry aku kali ni hehe. Tak berniat nak menulis panjang sebab ekceli takde mood pula bila nak dekat dekat buka sekolah ni. Selalu je ceni. Tambah tambah bila fikir nasib result ppt yang akan keluar buka sekolah nanti. Rasa macam nak nangis pulak :'( [hmmmmmm]

lagi lagi bila fikir tahun ni SPM gengggg arghh.

Tapi kalau tetiba entry aku meleret leret plus hambar terokss dipersilakan untuk pangkah lah cepat cepat daripada hangpaa buang masa di sini okayss.

Okay untuk selamat yang pertamaa adalah ;

SELAMAT HARI RAYA

tak terlambat lagi, bukan ? kahkah memandangkan Malaysia kan raya sebulan. Sooo, maaf zahir dan batin sayaaa ucapkan tanpa sedar atau tak sedar okei. Tahu banyak salah silap cheq selamani. Moga moga panjang lah umur kitaa semua nak sampai syawal next year. 

Okay jap.

Nak payung lah jugaa ootd syawal pertamaa even sekadarnyaa sahaja.


Sebenarnya untuk rayaa tahun ni kitorang family takde baju raya pun. Memang tak merancang untuk beli baju rayaa lagi lagi nak beli untuk sedondon satu tema warna ke apa. Cadang tahun ni memang kami nak recycle je baju tahun tahun lepas. 

Hm bukan kami tak gigih ke apa. Dan bukan jugaa tak semangat nak sambut bulan mulia ni. Cuma baju raya tahun tahun lepas pun banyak baru pakai sekali je. Lastly tersadai helok aje dalam almari.

Kitorang setiap tahun hanyaa besederhana sahaja apa yang adaa. Nak pakai sedondon selang selang tahun pun jarang sekali. Semua main pakai rembat je warna apa apa. Lagi lagi nak bertukar tukar baju raya untuk syawal kedua ketigaa dan seterusnya.

Memang idokleee.

Salah satu sebab memang family sis jenis tak gigih nak sedondon sedondon ni. Aku? Ahahahaha redha je tapi yang penting nanti kalau i dah kahwin i nak family pakai sedondon okay kahkah ktak.

Baju yang aku pakai tu tiga hari sebelum rayaa baru beli. Itupun aku keluar shopping berdua je dengan kakak aku. Kitorang dua memang cadang pun nak intai intai baju raya walaupun cakap kat ummi kitorang nak pergi cari tudung. Fuhh. 

Aku pun tak sangkaa taste aku ni kadang kadang maju dia pergh tahap sampai baju senget senget aku beli ahahahaha. Takdela sebenarnya baju tu sesimple je takde manik labuci atau corak berat berat. Aku memang jenis tak suka corak over over ni sesuailah dengan aku yang tak berapa nak lawa ni. Asal ada design lain sikit daripada kebiasaan baju aku pakai, tak over sampai nampak body shape kentat sendat dan sebagainyaa kiraa okay lah en huhuhu. 

Tapi yang penting, lepaih aku sarung je baju ni takdelaa aku ikut senget sekali ke apa kahkah.

Lagipun sekejap je pakai baju ni. Lepas tangkap gambaq, cabut. Memang hangus laa cheq nak bersilat kat dapuq pakai baju ceni. So terus tukar baju tshirt seluar track tudung sarung pi kacau rendang pe semuaa.

Kat kampung ni sis jenis redha sikit buat kerja kat dapur sebab sepupu sepupu semua sama senasib. Lelaki ke perempuan keee sama je. Bosan bosan basuh pinggan mangkuk, bolehlah kami membawang beramai ramai.

Budak budak kecik letak pinggan kat singki tak reti basuh pun kami bash ramai ramai kahkah.

Okay dah entri rayaa sudahh. Sebenarnya panjang lagi tapi cukuplah sampai di sini saja.

Sooo,

untuk selamat yang kedua adalah ;

SELAMAT HARI LAHIR 

selamat hari lahir untuk manusia yang bernama Nurul Qudwatun Nisa' Bt Mohd Zamberi. Di ketikaa usia genap 17 tahun ni, sayaaa nak mohon beribu kemaafan atas segala silap dan salah sepanjang 16 tahun yang telah berlalu. Mogaaa di usia baru ini kehidupan aku sentiasa ceriaa dan indah sentiasa. Amin :') Juga doakan aku untuk kecemerlangan dalam SPM 2018.

Terimaa kasih yang tidak terhingga untuk segala ucapan dan doa :')








Terima kasih semuaa. Maaflah sikit je aku sempat screenshot dan upload. Takpeee yang lain punyaaa wish semua sayaa dah screenshot masuk dalam hati heheee.

Terima kasih sekali lagi love you all, yang wish ke ataupun yang tak semua sayang :')

Byeee. Salam Syawal.

Tiada ulasan: