Pemimpin ?

ASSALAMUALAIKUM

Aaa dah lama tak ngapdet blog. Busy dia kalah mak mak Kiah merewang satu kampung. Lol ahah ekceli selama ni, perasaan malas tu memang sentiasa berada kat tangga teratas dalam diri aku. Semuaa benda aku tak semangat nak buat. Cuma sekarang nisa semakin rajin time kat sekolah, time cuti je malas malas.

Ceh poyo kemahin ;

Okay harini nisa nak ceritaa pasal tajuk entry nisa tu. Pemimpin pula tetiba jah pahal ? Aip dengar duluu. Duduk tegak tegak pls. Aku takut kau tertidur baca entry akuu. Heheh.

Okay start ,

Alkisahnya .

Nisa bakal berkecimpung dalam dunia lembaga lembaga kuning. Sumpah nisa tak expect sebab tak pernah berangan pun nak masuk dalam dunia tuu. Even kat sekolah rendah nisa dah biasa pegang jawatan tu untuk kedua dua sekolah, sekolah kebangsaan or sekolah agama. But pada situasi sek menengah ni agak lain keadaan dia.

Tugas berat .

Kalau sekolah rendah duluu main sabalewa je dapat jawatan ni. Tapi bila sek menengah dapat pegang jawatan tu, kau dah mula takleh sambalewa. Orang katalah, jawatan ni paling serius. Percuma percuma kena palau. Dari ramai kawan, kau boleh terus hilang kawan. Sebab bagi orang,

" Oh dia ni kan balaci. Nak mati ke aku kawan dengan pelapor terhebat." Hahah, typical bila seseorang mula sarung baju kuning tu. Even nisa baru je mula nak jinak jinak masuk dalam dunia pemimpin ni, sepanjang nisa jadi budak biasa pun aku dah dapat agak camne mereka yang pemimpin ni rasa.

Sebab kekadang ada je aku tak ikut cakap dorang. Dan setiap kali aku tak ikut cakap dorang tu lah aku dapat selam apa dorang rasa. Eventho nisa yang belum pun sarung baju kuning nisa dah mula nampak anasir anasir jahat yang cuba menghentam aku ;

Buktinya,

" Nanti dah jadi pengawas, jangan garang garang eh. Kalau tak, esh siap kau."

" Nanti apa yang nisa cuba nasihat, kita takkan ikut. Sekali nisa tegur kita, kita palau kamu selamanya."

hmm ; ahah (( nak tergelak )) belum pun jadi, dah ada yang cuba bagi pesanan macam macam. Entahlah agak agak kalau dah jadi, hari hari aku kena hentam. Aku tak kesah pun actually.

Ni lah nama nya cabaran. Baru lah adventure sikit hidup aku lepasni. Barulah hati aku ni charge jadi qowiy sikit. Manusia biasalah. Palau laa tahap gaban pun akhirnya aku juga yang dia cari. Dia lupa hidup ni tak selamanya menongkat langit agaknyaa.

Dan after this takdelah aku terkemut menyorok belakang belakang disebalik baju putih yang aku sarung.

Menjadi pemimpin bukan mudah semudah yang disangka ,
Bukan juga susah sesusah yang disangka ,
Kekuatan perlu dipupuk sekental mungkin ,
Pancoraba yang wujud bukan untuk dihindari tetapi dihadapi ,
Barulah sinergi bahagia menunjukkan cahaya ;

Dengar kan ini luahan kami ;

Kami menjadi pengawas, atas pilihan Dia, samada kami sememangnya rela atau tidak, itu perlu ditolak tepi. Yang pastinya kalau kami buat, kami dapat pahala, dan kalau kami tak buat bererti kami khianat pada kamu, pada guru dan sekolah. Jadi? apa harus kami lakukan?

Jika kamu masih keras untuk tidak memahami kami, aku pinta satu. Tolong letakkan diri kamu di tempat kami. Tolong rasa apa yang kami rasa. Sesungguhnya kami tersenyum tika kamu mengumpat pelbagai macam mengenai kami kerana kami yakin dengan Dia. Bukankah rancangan Dia tetap terhebat? Walaupun kami kadang kala jatuh kesedihan dengan apa yang kamu katakan, tetapi kami tanam dalam-dalam kekuatan menjadi pemimpin dalam sanubari kami.

Aku pinta sebuah lagi permintaan. Tolong fikirkan keadaan dunia yang tiada peraturan. Tiada insan yang berminat untuk menegur, menjaga dan melaksanakan peraturan. Bagaimanakah? Bahagiakah hidup kita ketika itu?

Aku menulis bukan atas rasa dendam dan iri. Seribu pohonan kemaafan aku minta kalau ia menyakitimu.Tetapi aku mohon aku dan kamu berfikir dan mencerna kembali. Moga sinergi perubahan dan praktikalnya akan terus mekar mewangi. Azimat keanggunan insan bermaruah dan harmoni.

" Aku tidak minta kamu menghormati aku, 
tetapi aku cuma minta kamu memahami aku. " :')

Novel : Mungkin Dia Takdirku ( Bab 1 )

Mirza mengerling sekilas apabila pintu bilik wadnya dibuka. Masih doktor yang sama. Yang tidak pernah menjawab pertanyaannya. Perempuan gemuk itu menuju ke katilnya. Segala alat yang di tatang di tangan di letakkan di atas meja pada hujung katil.

        " Doktor Aisyah..." Sewaktu doktor itu membetulkan steteskopnya di leher, Mirza cuba mengamati tanda namanya. 

        Aisyah memandang sekilas pula pada pesakitnya itu. Seperti dia mendengar namanya disebut. Namun dia tidak ambil pusing sangat dengan pesakitnya itu. Sejak dia mula merawat lelaki itu seminggu lalu, ada sahaja akal lelaki itu mahu mengenakannya. Fizikal yang sakit, mental pun turut merana agaknya.

        " Aku taktau ah kali ke berapa aku tanya soalan ni kat kau. Tapi aku harap kali ni kau jawab lah." Aisyah masih memberi tumpuan pada tugasnya. Namun telinganya masih belum tuli. Satu persatu perkataan yang meluncur keluar dari mulut lelaki itu didengarinya dengan baik.

        " Bila aku dapat keluar eh ?" Kedua belah keningnya diangkat. Tunggu punya tunggu, masih tiada jawapan. " Sah pekak bisu perempuan ni..." Perlahan Mirza merengus. Dia paling tidak gemar menunggu.

        " Excuse me, Encik Mirza. Saya rasa awak tu yang pekak agaknya. Kan saya kata saya masih takde jawapan. Tugas saya kena pantau keadaan awak sampai baik. Bila dah baik, keluarlah. Saya pun tak lalu nak tengok muka awaklah." Aisyah cuba memulangkan paku buah keras.

        Panas saja hatinya bila berhadapan dengan pesakitnya itu. Mentang-mentang kaki tu patah tak boleh berjalan, mulutnya pula lancang berjoget. Sejak kes hari itu, bertambah-tambah lah rasa meluat Aisyah padanya. Dia langsung tidak berniat berkasar dengan pesakit. Tapi lelaki ini melampau sangat.

        Beberapa hari lalu, disebabkan lelaki itu, dia dipanggil orang atasan. Nasib sahaja dia diberi peluang kedua. Jika tidak, mahu buruk rekod kerjanya. Mana tidaknya, lelaki itu yang mencabut sendiri tiub darahnya di tangan. Kemudian kemas sahaja mulut lelaki itu menuduh dirinya tidak teliti dalam kerja. Memasang tiub sambalewa. 

        Gila! Ya, bagi Aisyah itu suatu perbuatan gila. Semata-mata mahu mengenakannya, langsung dia tidak memikirkan keselamatan diri sendiri. Buatnya darah terlalu banyak dikeluarkan, tak pasal-pasal jadi hari terakhir kau melihat bumi. 

       Setelah memeriksa buat beberapa ketika, Aisyah segera mahu melangkah keluar. Tidak betah berlama. Mirza ketawa kecil. Dia tahu doktor itu masih bengang dengan sikapnya. Bibirnya dicebikkan. 

      " Aku takkan kacau hidup kau lagi, tapi tolonglah aku keluar pada tempat ni." Suara Mirza mendatar. Terdengar halus pada pendengaran Aisyah. 

*

      Aisyah menghempaskan tubuhnya di atas katil. Bergegar juga katil itu dibuatnya. Maklumlah, rumah orang bujang. Semua perabot yang dibeli pun kualiti rendah ditambah pula dengan saiz badannya besar. Untuk sementara tidak mengapa, bila sudah berumah tangga nanti pasti dia akan keluar pada rumah sewa ini.

     Soal kahwin jarang bertamu di fikirannya. Jauh sekali hendak menggelongsor di mulutnya. Terdedah dengan dunia luar sejak di universiti lagi, Aisyah sudah benar-benar menolak tepi soal jodoh. Kalau Tuhan dah atur, dia ikutkan saja.

     Apatah lagi bila Aisyah perhatikan sendiri tentang rupa paras menjadi kriteria pertama pemilihan jodoh pada zaman ini. Perempuan yang kiut-miut, yang sexy, yang ada potongan macam gitar, yang menggiurkan, tentulah menjadi pilihan utama walaupun sekolah tak sepandai mana.

    Aisyah bangun dari pembaringan. Langkahnya menuju ke meja kerja. Lampu yang menyala-nyala pada PC komputer menyedarkan Aisyah bahawa dia terlupa menutup komputer sebelum bergegas ke hospital awal pagi tadi. Apabila tangannya menggerakkan tetikus, terpampang suatu blog yang dibacanya malam tadi.

    Encik Mimpi.

    Memang Aisyah tak tahu nama sebenar Encik Mimpi. Tak pernah pula dia menyatakan nama sebenarnya. Tapi yang pasti Aisyah sudah jatuh cinta dengan setiap entri lelaki itu. Gentleman sungguh. 

    Disebabkan permintaan pembaca blog, Encik Mimpi mempamerkan gambar dirinya yang membelakangi kamera pada sidebar blog. Orangnya tak sekacak penulisannya, demikianlah Aisyah membuat kesimpulan setelah melihat foto lelaki itu. Dari belakang, rambut Encik Mimpi kerinting macam maggi pulak. Badannya pula gempal dan kulitnya gelap.

    Aisyah menghela nafas halus. Tidak dinafikan, Aisyah memang cerewet orangnya. Sebab itu dia tidak pernah peduli lelaki yang cuma memandang rupa. Walaupun dia gemuk, dia suka lelaki yang kacak dan tampan. Sekurang-kurangnya macam Zayn Malik ke, macam Tom Cruise ke ataupun Choi Min Ho. Barulah terjongket sikit.

   Setakat ini Encik Mimpi belum mengupdate entrinya lagi. Mana pula hilangnya. Tidak mengapalah, tak kacak pun tak kacaklah. Dia akan tetap menanti entri lelaki itu lagi. 

*