Third Post #2019

ASSALAMUALAIKUM

sebelum mengadap balik buku, tetiba rasa nak tulis blog.

so, HAI GAIS!!!

wah tetiba semangat pula aku datang sini menaip. ajaib juga mood aku ni kekadang ahahaha memandangkan dah beberapa bulan aku hilang dari radar. Sekarang ni aku tengah mood exam. Otak tengah berserabut, banyak betul nak kena revise balik. Yela nak mengharap yang dalam kelas je memang takla. Aku ni dahlah kuat berangan. Dalam kelas aku memang susah nak mengantuk. Tapi kalau nak berangan tu, seminit dua kelas baru jalan, otak aku dah sampai england, haih.

jadi inilah kehidupan baru aku.

maaf lah dah nak dekat habis semester satu baru aku ada kerajinan nak menulis. Aku taktahulah, since aku makin menua ni, makin merudum semangat aku nak menulis. Macam mana lah blog ni tak sendu huhu. 😥


chak baaaa! Incase kalau ada yang rindu (?) ehehehehe.

officially sekarang aku adalah seorang siswi pendidik. Tak banyak berubah pun. Aku masih tetap aku. Tak banyak beza. Cuma cantik tu mungkin bertambahlah. Sila katakan ya! 😂 AHAHAHA

Life kat IPG? Not bad. Takde benda dalam dunia ni mudah dan indah belaka. Mestilah setiap satu benda tu ada je yang sukar dan buruk bagi kita. So, aku taktahu la nak describe macam mana life aku dekat sini. Bagi aku, selagi aku boleh tersenyum mengharungi takdir dan jalan hidup aku, tu kiranya semua baik baik belaka lah kan? acewah. Yang penting, kena selalu bersyukur.

Dulu, masa aku sekolah menengah... takdelah dulu pun. Baru tahun lepas kot aku habis sekolah ahahaha. Aku memang teringin sangat nak masuk IPG. Bila aku dah masuk stam, aku dah start selesa dengan stam, but lastly takdir aku dekat IPG juga. Tapi soal teringin tu bukan sebab aku teringin sangat nak jadi cikgu. Aku cuma nak tahu kehidupan, suasana, cara belajar yang ada when kita dah terpilih masuk dalam IPG. Macam yang aku selalu dengar, pasal life budak universiti, kakak aku pun selalu cerita macam mana dia tempuh dari asasi sampai sekarang. Memang orang kata takde beza pun cara universiti dengan IPG sebab dua dua pun dalam kategori IPTA jugaa.

Cuma,

yelah bila kau dah masuk dalam tempat yang memang kau dah tahu selepas tu kau akan jadi apa, okay senang cakap kau sekarang adalah sebagai seorang guru pelatih, mesti cara dia lain sikit. 

Yep, expectation aku taklah tersasar jauh sangat.

Bila aku dah masuk sini, aku dapat rasa kelainan tu. IPG, peraturan mungkin tak sebebas universiti. Setiap hari kuliah kena pakai formal. Jubah pun tak boleh. Dari kepala sampai hujung jari kaki kena formal. Bukan masa kuliah je, waktu luar kuliah, nak pergi kafee or nak keluar kena kemas. Paling penting, kasut bertutup. Kalau tak kau memang takkan lepas pondok guard kalau pakai selipar jamban.

Kalau kat sini, kalau dulu masa sekolah, pakai saman merit tu. Pengawas saman, mulut menyumpah ahahaha. Tapi kat sini, ada akta. Buatlah salah, perit tau kena akta sebab kena heret pergi jumpa lect dekat bahagian Hal Ehwal Pelajar. Nasib kau, bergantung pada amalan kau sahaja ketika itu. Ahahaha entah lah aku pun taktau kena denda apa sebab aku pun tak habis baca buku Akta 174. So, diam diam je okay muahahah. 😜😜

Classmates?


ni lah classmates aku. Yang aku kena hadap selama lima tahun kat sini.

Jangan pm aku tau kalau berkenan. Sebab semua dah berpunya. Aku je yang single ahahaha. Maklumlah lawa sangat sampai takde siapa berani dekat 💩. Taknak cakap banyak dan taknak puji banyak ((nanti kembang hidung kembang telinga kembang ketiak kahkah)). Merekaaa semua okay je. Baik, dan paling penting kalau aku dah mula selesa kira okay lah tu kan. Haaaa, ni la bakal ustaz ustazah anak hengkorang nanti. Okay sapa anak dia nak daftar mengaji boleh daftar sekarang. Dibuka untuk tahun 2026. Takpe anak tu tak wujud lagi pun takpe, boleh daftar awal 😆😆😆 Ceh AHAHAHA.

Roommate.


Yang ni sejenis paling tabah kalau aku buat bilik tu macam konsert. Aku salute lah ketabahan kau sebab setakat ni kau tak pernah lempar aku dalam jamban lepastu flush even bilik kita depan tandas. Kehkeh. Moga tabah untuk lagi 5 tahun muah 💖

Okay tu je lah kot. Dah nak tengah malamni. Sebelum aku syahid, baik aku baca sikit buku. Atleast tido tu aman lah sikit sebab nampak macam dah ulangkaji en harini. Walaupun esok pagi aku lupa balik. 

Okbyee. Dah lah penat lah study. Nak resipi air rebusan buku.